Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli yakin Pakatan Harapan (PH) dapat mempertahankan Negeri Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang dalam pilihan raya negeri akan datang. Di Selangor jelasnya, beliau menjangkakan 45 hingga 47 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) boleh dikuasai gabungan parti itu.