Pihak berkuasa Nepal mula membenarkan ahli keluarga menuntut mayat mangsa nahas pesawat Yeti Airlines pada Selasa.
Pada masa yang sama, perakam data pesawat dihantar ke Perancis bagi mengenal pasti punca tragedi yang mengorbankan sekurang-kurangnya 69 daripada 72 penumpang dan anak kapal.