Kerajaan Sabah mengguna pakai prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 yang dikeluarkan Kerajaan Persekutuan berhubung kemasukan pengembara ke Malaysia.
Menurut Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah, Datuk Christina Liew keputusan itu dipersetujui selepas dibincangkan pada Mesyuarat Kabinet Negeri.