Persatuan Kebajikan Ronald Mcdonald (RMHC) memperuntukkan lebih RM1.5 juta bagi memberi manfaat kepada kira-kira 25,000 kanak-kanak sekolah rendah di seluruh negara.
Program ‘Kembali ke Sekolah' yang memasuki penganjuran kali keenam itu bertujuan untuk membantu meringankan beban keluarga yang kurang berkemampuan.