Seorang remaja perempuan meninggal dunia dipercayai dihempap pokok tumbang di Taman Permainan Balok Baru 1 di Kuantan.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu, ketika dihubungi, berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian yang menimpa mangsa berumur 14 tahun itu pada 9 malam.