Peminat sukan hoki negara berpeluang untuk menyaksikan aksi skuad The Speedy Tigers menentang pasukan Sepanyol dalam pusingan crossover kejohanan Hoki Piala Dunia 2023 yang akan ditayangkan di dua lokasi skrin besar pada 6.45 petang ini.
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata, dua lokasi berkenaan ialah Dataran Merdeka dan Perbadanan Putrajaya, Presint 3, Putrajaya.