Semalam Astro Awani menyiarkan dakwaan peniaga bahawa harga bahan mentah masih lagi mahal di sekitar ibu negara.
Luahan sama juga dikongsi peniaga dan pelanggan di sekitar Sri Serdang, Seri Kembangan.
Malah mereka mendakwa, cadangan agar pelanggan memilih kedai yang lebih murah bukan langkah proaktif dalam menyelesaikan isu kenaikan harga barangan.