Kementerian Luar Negeri telah memanggil Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Sweden pagi Khamis.
Ia bagi menegaskan kembali kecaman keras kerajaan Malaysia terhadap tindakan keji Rasmus Paludan yang membakar senaskhah Al-Quran Karim di Stockholm pada 21 Januari 2023.
Kementerian ini telah menyampaikan bantahan dan kekecewaan Malaysia terhadap keengganan berterusan oleh pihak berkuasa Sweden untuk mengambil tindakan ke atas Paludan, membolehkan beliau untuk meneruskan perbuatan terkutuk itu, termasuklah insiden yang sama pada April 2022, walaupun mendapat tentangan daripada masyarakat antarabangsa.