Ketidaktentuan ekonomi dunia tidak menjejaskan sasaran industri perkayuan Sarawak untuk mencapai perolehan eksport berjumlah lapan billion ringgit menjelang 2030.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, sasaran itu kekal kerana industri perkayuan kini semakin berkembang.
Selain jadi tunjang utama ekonomi Sarawak yang digariskan dalam strategi pembangunan ekonomi sarawak pasca COVID-19.