Bekas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan pembekuan akaun parti berkenaan.
Menurut Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA) itu, beliau sudah lama tidak bersama parti berkenaan isu yang berbangkit terutama dakwaan salah laku pimpinan parti BERSATU adalah masalah mereka sendiri.