Gempa bumi: Sinar Karangkraf lancar tabung bantuan

Sinar Harian 2023-02-08

Views 1

BERITA SEMASA 8 FERUARI 2023

Sinar Karangkraf melancarkan tabung untuk disalurkan kepada mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria dengan sasaran pengumpulan dana sebanyak RM250,000.

Ketua Pemasaran dan Penjenamaan Grup Sinar Karangkraf, Nik Justin Nik Mohd Ariffin berkata, tabung dinamakan Tabung #BantuanBencana Sinar Karangkraf x SyriaCare untuk Turkiye & Syria itu diaktifkan bermula hari ini.

Ia melibatkan kerjasama strategik Sinar Harian bersama Syria Care dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Artikel: https://bit.ly/40GbUm2

Muzik: Artlist.co

#BeritaSemasa #SinarHarian

Share This Video


Download

  
Report form