Mesej Jho Low bincang perbankan Najib, demi UMNO: Saksi
BERITA SEMASA 8 FEBRUARI 2023
Seorang bekas Pengurus Perhubungan AmBank memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa tindakannya komunikasi beliau dengan ahli perniagaan buruan, Low Taek Jho atau Jho Low, tidak memberi manfaat kepada dirinya, tetapi faedah buat UMNO.
Dalam perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah, saksi Joanna Yu Ging Ping berkata, berkomunikasi dengan Jho Low dibuat melalui Blackberry Messenger dan ia hanya menyentuh urusan perbankan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Semasa sesi soal balas pagi tadi, peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili bekas Ahli Parlimen Pekan itu, merujuk pada perbualan BBM antara Joanna dan Jho Low.
Artikel: https://bit.ly/40IzcI3
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian