Kementerian Pertahanan akan memastikan kebajikan dan kesejahteraan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berada pada tahap terbaik.
Menterinya, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata keselesaan warga ATM merupakan keutamaan kementeriannya dan termasuk dalam salah satu daripada lima teras Kertas Putih Pertahanan.