Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menunaikan solat Jumaat di Islamic Center Of Thailand Ramkhamhaeng Soi 2, dan bertemu dengan pertubuhan Islam sebagai sebahagian agenda lawatan rasminya ke Thailand.
Dalam ucapannya, beliau menekankan soal pembangunan komuniti Islam, melaksanakan pembangunan bersama wilayah utara Malaysia dan selatan Thailand, serta mengangkat mesej keamanan dan perdamaian.