Tuaran akan menjadi tuan rumah bagi pelancaran sambutan Pesta Kaamatan tahun ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Utama, Datuk Seri Jeffrey Kitingan.
Menurut Timbalan Ketua Menteri Sabah itu, perkara itu diputuskan semasa mesyuarat pertama jawatankuasa hari ini yang menyaksikan dua lagi daerah iaitu Ranau dan Sandakan disenarai pendek sebagai lokasi acara.