Penduduk mahu kerajaan segera mengenal pasti punca insiden tanah runtuh di Jalan Kuala Lumpur - Bentong.
Ahli Dewan Undangan Ketari, Su Keong Siong berkata, penduduk bimbang kerana dua insiden tanah runtuh terjadi di lokasi sama dalam masa tidak sampai setahun.
Menurutnya, jalan di situ baru sahaja siap dibaiki beberapa bulan lepas namun kini sekali lagi mengalami kerosakan teruk.