Kartel daging: Syarikat, pengarah didenda RM1.6 juta
BERITA SEMASA 22 FEBRUARI 2023
Syarikat pembekal daging sejuk beku LY Frozen Food Sdn Bhd dan pengarahnya yang terbabit dalam kes kartel daging dua tahun lalu, didenda RM1.6 juta di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Johor pada Rabu, laporan wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Hakim Fatimah Zahari menjatuhkan hukuman terhadap Pegarah LY Frozen Food, Yong Chee Keong, berusia 42 tahun itu selepas mengaku bersalah terhadap 14 pertuduhan yang dikenakan terhadapnya dan syarikat sejuk beku itu.
Hakim dalam keputusannya memerintahkan Chee Keong yang mewakili syarikat sejuk beku itu untuk membayar denda RM1.5 juta terhadap tujuh pertuduhan dikenakan pada LY Frozen Food.
Artikel: https://bit.ly/3lWvJWu
#BeritaSemasa #SinarHarian