Kos sara hidup, harga barang dan inflasi merupakan isu paling utama yang wajar diselesaikan pemimpin negara dalam Kerajaan Perpaduan.
Menerusi satu kajian firma penyelidikan O2 Malaysia dengan lima media arus perdana, seramai 80 peratus daripada 35,077 responden menyenaraikan isu tersebut sebagai kebimbangan utama mereka.