DBKL | Tutup 11 rumah urut jadi pusat pelacuran

AWANI 2023-02-26

Views 3

Sebanyak 11 rumah urut yang dikesan terbabit dengan aktiviti pelacuran ditutup serta merta oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi tindakan khas premis berisiko (aktiviti rumah urut/pelacuran) sekitar Kepong dan Seputeh, pada Sabtu.

DBKL dalam kenyataannya berkata, tindakan diambil susulan risikan pasukan penguat kuasa terhadap beberapa lokasi tumpuan yang menjalankan aktiviti tidak bermoral.

Share This Video


Download

  
Report form