PN tak perlu bising di Tiktok, beri kerjasama basmi kemiskinan: Rafizi
BERITA SEMASA 7 MAC 2023
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli meminta Perikatan Nasional memberi kerjasama kepada kerajaan untuk sama-sama membasmi kemiskinan di negara ini.
Beliau berkata PN jangan hanya sekadar bising di Tiktok dan tidak memberi kerjasama dalam menyelesaikan masalah kemiskinan terutama di negeri-negeri yang ditadbir oleh PN.
Menurutnya, Kementerian Ekonomi juga akan menganjurkan mesyuarakat khusus dalam masa terdekat dengan keseluruhan kepimpinan di peringkat daerah di 20 daerah termiskin diseluruh negara.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian