'Tukar kerajaan melalui pilihan raya, bukan tebuk atap'
BERITA SEMASA 8 MAC 2023
Tan Sri Abdul Hadi Awang seharusnya menyeru ahli yang menyokong Perikatan Nasional untuk menukar Kerajaan Perpaduan melalui pilihan raya umum akan datang, dan bukan melalui 'tebuk atap', Langkah Sheraton atau menandatangani akuan bersumpah (SD).
Demikian disuarakan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu yang bimbang dengan kenyataan yang dibuat secara berulang oleh Abdul Hadi baru-baru ini.
Kata Mohamad, yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, kenyataan Abdul Hadi boleh menimbulkan kebimbangan pelabur dan rakyat itu sendiri.
Artikel: https://bit.ly/41RpWlz
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa