Hafidz Roshdi tak mengaku salah cederakan isteri, diperintah ke Hospital Bahagia
BERITA SEMASA 13 MAC 2023
Pelakon, Hafidz Roshdi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu di Hulu Selangor, Selangor pada Isnin atas pertuduhan sengaja mendatangkan kecederaan kepada isterinya dalam kejadian pada 2 Mac lalu.
Hafidz berusia 29 tahun itu membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Siti Fatimah Talib yang bertindak sebagai majistret.
Sementara itu, mahkamah juga memerintahkan Hafidz Roshdi untuk dihantar ke Hospital Bahagia bagi menjalani rawatan psikiatri.
Artikel: https://bit.ly/3yxbX71
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian