Kes melibatkan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak yang didaftarkan di Mahkamah Sesyen Kota Bharu amat membimbangkan.
Sepanjang Januari hingga Disember tahun lepas, 59 kes jenayah seksual kanak-kanak direkodkan berbanding jenayah seksual dewasa iaitu 18 kes.
Selain itu, kata Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, kes berkaitan dadah paling tinggi didaftarkan sepanjang tempoh sama.