Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang mengakui keperluan untuk mewujudkan persekitaran lebih kondusif bagi percambahan syarikat pemula di Malaysia. Hasil daripada sesi townhall yang diadakan, Lih Kang memberi jaminan kementeriannya sedang mengkaji pindaan regulasi sedia ada bagi tujuan tersebut.