Pemilihan UMNO yang berlangsung di 191 bahagian serentak di seluruh negara memberi gambaran bahawa demokrasi dalam parti berkenaan masih meriah walaupun ada yang mendakwa parti itu sudah ‘malap’.
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata justeru beliau berharap barisan kepimpinan pasca pemilihan parti itu akan bersama-sama dengannya bagi membangkitkan semula parti itu.