BERITA SEMASA 1 APRIL 2023
Seorang pesakit strok terpaksa berhimpit di dalam sebuah rumah kecil yang buruk di Kampung Batu Karang Dalam, Rantau Panjang bersama tujuh lagi ahli keluarganya disebabkan kesempitan hidup, lapor wartawan Sinar Harian Kelantan, Hazelen Liana Kamarudin.
Abdullah Jusoh, 47, yang sebelum ini merupakan tonggak keluarga hilang upaya untuk bekerja selepas diserang penyakit berkenaan sejak sebulan lalu.
Dia yang bekerja sebagai operator kilang mesin padi itu kini hanya mampu terlantar dan bergantung harap kepada ibu, Sabariah Mohamad, 67, dan empat anak saudara untuk menguruskan kehidupan.
Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh berbuat demikian melalui akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) atas nama Sabariah Mohamad di 03-054-02-047198-4.
Artikel berkaitan: http://bitly.ws/Cpoo
Muzik: www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian