Anak bekas menteri didakwa kemuka maklumat palsu
BERITA SEMASA 5 APRIL 2023
SEREMBAN - Anak kepada bekas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban pada Rabu, atas sembilan pertuduhan mengemukakan maklumat palsu kepada Kementerian Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup dan memiliki barang kawalan minyak masak melebihi had dibenarkan tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Tertuduh, Muhammad Faisal Hamzah, 39 yang ketika kejadian merupakan pengarah syarikat Rimba Merpati Sdh Bhd mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim, Mazni Nawi.
Turut berdepan tuduhan sama adalah pengarah syarikat sama ketika kejadian iaitu Azizul Abdul Halim, 55.
Artikel berkaitan: https://go.sinar.la/3Ky83l1
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Untuk berita komprehensif dalam dan luar negara tekan link di bio atau terus ke Story untuk baca berita terkini.
#BeritaSemasa #SinarHarian