Ini perkembangan terbaharu.
Kenyataan media Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Datuk Muhyiddin Yassin.
Dalam sidang Dewan Rakyat bertarikh 4 April 2023, Perdana Menteri telah memaklumkan bahawa terdapat tuntutan bertindih di Laut China Selatan “terutama kebimbangan negara China kerana PETRONAS telah menjalankan satu kegiatan besar-besaran di satu kawasan yang juga dituntut oleh negara China”. Beliau menambah, “kalau negara China merasakan ini hak mereka, kita boleh buka untuk rundingan.”