Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali didapati melanggar kod etika hakim dan memiliki konflik kepentingan ketika mengetuai kes SRC International Sdn Bhd yang melibatkan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Hal ini telah disahkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berdasarkan hasil siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).