Tepi Sungai Kelantan jadi lokasi pilihan berbuka

Sinar Harian 2023-04-14

Views 11

Tepi Sungai Kelantan jadi lokasi pilihan berbuka

BERITA SEMASA 14 APRIL 2023

Hampir 1,000 orang sehari rakyat negeri Kelantan 'nok ko suasana' memilih kawasan tepi Sungai Kelantan di Lembah Sireh, Kota Bharu sebagai lokasi berbuka puasa sepanjang Ramadan, Lapor Wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.

Tinjauan Sinar Harian mendapati orang ramai menyifatkan lokasi 'terbuka' memberikan suasana lebih santai kerana dapat menikmati keindahan pada waktu senja berbanding berbuka puasa di kedai makan.

Tiupan angin di tepi sungai pada waktu senja cukup menyegarkan dan memberi ketenangan sekali gus menghilangkan penat berpuasa dan bekerja.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: Hey dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian

Share This Video


Download

  
Report form