Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar menafikan kediamannya digeledah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Ahad.
Beliau ketika ditemui selepas majlis Pra Pelancaran National Training Week 2023 di Putrajaya hari ini hanya menjawab ringkas 'tidak ada' ketika diajukan mengenai perkara itu.