Bahana sindiket dadah, 16 tahun pesara tentera beraya tanpa anak

Sinar Harian 2023-04-23

Views 5

BERITA SEMASA 23 APRIL 2023

Pesara tentera, Omar Yuhyi meluahkan rasa rindu terhadap anak lelakinya, Sheikh Faizan atau mesra dengan panggilan Pak Tam yang kini sedang menjalani hukuman di penjara, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Menurut lelaki berusia 69 tahun yang juga bapa kepada tujuh anak itu, Pak Tam dijatuhkan hukuman seumur hidup di sebuah penjara di Taiwan atas kesalahan dadah 16 tahun lalu.

Anak kelimanya itu dipercayai menjadi mangsa sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang berselindung di sebalik operasi menghantar barangan kristal ke Taiwan.

Omar yang menetap di Kampung Paya Embun Pekan Nanas di Pontian, Johor berharap kerajaan dapat membantu bagi proses pembebasan anaknya.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian

Share This Video


Download

  
Report form