Fokus rungkai perjanjian dengan Goldman Sachs

AWANI 2023-04-17

Views 6

Pasukan Petugas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang berperanan menyelesaikan beberapa isu membabitkan skandal itu sebelum ini kini fokus kepada perjanjian dengan Goldman Sachs.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu pasukan khas diketuai Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani itu berpendapat perjanjian bersama Goldman Sachs harus dirungkai semula.
Beliau bercakap kepada media selepas melancarkan Karya Agung Sayr Al-Salikin (4 Jilid) dan Hikayat Iskandar Zulkarnain di Wisma Dewan Bahasa dan Pustaka pada Isnin.

Share This Video


Download

  
Report form