Setiausaha Agung Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (PKPB), Mohammad Rizan Hassan berkata cabaran besar pasaran buruh negara adalah menyediakan bakat yang mempunyai tahap kompetensi yang tinggi. Institusi pengajian tinggi tempatan dilihat tidak mampu menawarkan bakat yang mempunyai kompetensi, profesionalisme dan pengalaman yang memenuhi permintaan.