Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan mengadakan pertemuan dengan ketua pegawai eksekutif (CEO) atau wakil syarikat-syarikat telekomunikasi pada Isnin ini.
Menterinya, Fahmi Fadzil, berkata ia susulan keputusan Jemaah Menteri pada Rabu lalu untuk melaksanakan rangkaian 5G melalui Digital Nasional Berhad (DNB) sehingga tahap capaian 80 peratus di kawasan berpenduduk di seluruh negara.
Fahmi berkata demikian pada sidang media selepas program ramah mesra bersama pengguna media sosial di Muzium Telekom, di sini hari ini.