Sembilan individu direman bantu siasatan kes tikam
BERITA SEMASA 10 MEI 2023
Sembilan individu termasuk sepasang kekasih direman tujuh hari bermula Rabu bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh seorang pengurus sebuah syarikat yang mati ditikam di sebuah gerai makan di Taman Kenanga, Tengkera, lapor Wartawan Sinar Harian Melaka, Nor Farhana Yaacob.
Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman terhadap suspek berusia antara 20 hingga 38 tahun sehingga Selasa ini.
Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/257774/berita/semasa/sembilan-individu-direman-bantu-siasatan-kes-tikam
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #Jenayah #Seksyen302