12 TAHUN SENGSARA
-Bekas mak nyah derita kesan ambil hormon, kolagen
Seorang insan yang pernah tersasar, tergelincir daripada landasan hidup sebelum akhirnya kembali kepada fitrah. Beliau yang dimaksudkan adalah Mohd Khariri Mohd Ramli seorang bekas mak nyah.
Selama 20 tahun bergelumang dalam dunia transgender, Mohd Khariri membuat transformasi dari tubuh lelaki kepada tubuh wanita. Tidak cukup bersolek dan berdandan, Mohd Khariri turut mengambil suntikan hormon dan kolagen untuk mengubah wajah dan penampilan supaya kelihatan seperti wanita.
Mohd Khariri tidak peduli kesan jangka masa panjang kerana apa yang penting mahu sentiasa cantik. Selama 12 tahun selepas berhijrah, beliau mengalami komplikasi akibat mengambil produk tidak diiktiraf.
Ikuti kisah Mohd Khariri yang berjuang melawan kesakitan kesan sampingan suntikan hormon dan kolagen selain masalah kesihatan lain yang timbul akibat tanggapan sinis masyarakat yang mahu beliau berubah secara drastik dalam Deadline! bersama hos Zaitie Satibi.