Kerajaan Sarawak berhasrat mendokumentasi novel melayu terawal di dunia yang diterbitkan di Sarawak iaitu Hikayat Panglima Nikosa bagi mendapat pengiktirafan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik Dan Kebudayaan (UNESCO).
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan mendedahkan novel yang berusia 147 tahun itu telahpun dikesan di sebuah perpustakaan di London.