Tak mustahil Pejuang sokong PN
BERITA SEMASA 14 MEI 2023
Pengerusi PN Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berpandangan tidak mustahil sekiranya parti Pejuang menyatakan sokongan kepada PN untuk menghadapi PRN tidak lama lagi, lapor wartawan Sinar Harian, Nurul Hidayah Hamid & Roslinda Hashim.
Muhammad Sanusi menyifatkan, ia bukanlah sesuatu yang luar biasa meskipun sebelum ini permohonan Pejuang untuk menyertai PN ditolak.
Menurutnya, kemungkinan Pejuang boleh bekerjasama bersama PN menerusi platform lain yang tidak bertumpu pada politik seperti Proklamasi Orang Melayu.
Artikel: https://bit.ly/3pBcML0
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian