Penduduk Kampung Nelayan Benut tak sabar pindah rumah baharu
BERITA SEMASA 14 MEI 2023
Penduduk Kampung Nelayan Benut, Pontian, Johor yang bakal berpindah ke PPK di Kampung Parit Makuaseng, Benut teruja melihat kemudahan rumah baharu yang disediakan selepas hampir 10 tahun menunggu, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Penduduk yang ditemui rata-ratanya melahirkan rasa syukur, malah ada yang tidak sabar lagi untuk mendiami rumah baharu itu berikutan pengurangan 80 peratus bayaran premium tanah oleh kerajaan negeri.
Pengurangan bayaran premium tanah itu disifatkan amat membantu 163 bakal penghuni yang rata-ratanya merupakan warga emas dan golongan nelayan.
Artikel: https://bit.ly/42AEGFn
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian