Pas cabar Zahid undur jika kalah PRN
BERITA SEMASA 23 MEI 2023
Pas mencabar Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berundur daripada jawatan secara terhormat sekiranya Pakatan Harapan dan Barisan Nasional kalah dalam Pilihan Raya Negeri nanti.
Ketua Penerangannya, Ir Khairil Nizam Khirudin berkata, pihaknya yakin bahawa kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal dihukum rakyat pada pilihan raya tersebut.
Beliau mendakwa ia berikutan kemelut dalaman PH-BN selain kelemahan pentadbiran Datuk Seri Anwar dilihat terlalu ketara.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #Pas #PN #UMNO #PH-BN #SinarHarian