Pegawai operasi didakwa rompak bersenjata, cedera warga emas
BERITA SEMASA 26 MEI 2023
Seorang pegawai operasi sebuah syarikat keselamatan didakwa di Mahkamah Majistret, di sini pada Jumaat atas pertuduhan melakukan rompakan bersenjata dan mencederakan dua warga emas, lapor wartawan Sinar Harian Melaka, Nor Farhana Yaacob.
Muhd Marwan Rohani, bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah setelah pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Dharmafikri Abu Adam.
Difahamkan, Muhd Marwan menggunakan sebatang kayu besbol hingga mencederakan kedua-dua mangsa.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/260402/berita/semasa/pegawai-operasi-didakwa-rompak-bersenjata-cedera-warga-emas
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian