Permodalan Nasional Bhd (PNB) mengumumkan pelantikan Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda sebagai pengerusi kumpulan PNB berkuat kuasa 1 Jun 2023.
PNB menerusi satu kenyataan menyatakan , kepimpinan bekas Pengarah Maxis Berhad dan Khazanah Nasional Berhad itu dinantikan seiring pelaksanaan pelan strategik PNB.