'PN bakal sapu enam negeri?'
Mampukah Perikatan Nasional (PN) mengulangi pencapaian cemerlang mereka dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak berapa lama lagi?
Daripada enam negeri terlibat PRN, berapa banyak mampu mereka tawan? Enam bulan selepas PRU15, adakah mereka masih punya momentum sama, semakin kuat atau perlahan-lahan ditenggelami 'Gelombang Perpaduan' kerajaan Madani pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim?
Ikuti temubual isu ini, 'PN bakal sapu enam negeri?' bersama Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, dihoskan Haizir Othman dalam Plot Twist Episod 20.