Kerajaan Perpaduan selesaikan masalah bekalan air yang berlarutan
Kelantan dan Sabah bersetuju untuk menjalinkan kerjasama dengan Kerajaan Perpaduan bagi menyelesaikan masalah bekalan air yang berlarutan sehingga kini, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, persetujuan itu disuarakan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor di dalam mesyuarat khas yang berlangsung pada pagi Khamis.
Menurutnya, mesyuarat turut menetapkan beberapa tindakan segera dengan peruntukan dana disediakan Kerajaan Persekutuan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/261308/berita/nasional/pasukan-petugas-khas-diwujud-tangani-isu-air-di-kelantan-sabah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa