BERITA SEMASA 2 JUN 2023
Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan mendakwa tindakan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mewujudkan kerjasama dengan DAP membuatkan ramai ahli parti tersebut berasa tidak selesa dan ingin berhijrah.
Justeru, Datuk Wan Saiful berkata, terdesak dengan impak tindakan berkenaan, Timbalan Perdana Menteri itu kini cuba melakar imej buruk kepada kepada Perikatan Nasional (PN).