MP Hulu Langat diberi amaran ganggu sidang Dewan Rakyat

Sinar Harian 2023-06-07

Views 3

MP Hulu Langat diberi amaran ganggu sidang Dewan Rakyat

BERITA SEMASA 7 JUN 2023

Persidangan Dewan Rakyat pada sesi pagi Rabu kecoh seketika apabila Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan mencelah dan menyifatkan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai seorang yang tidak beradab.

Susulan itu, tindakan tersebut menyebabkan Mohd Sany dikenakan amaran pertama daripada Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd. Nor.

Ramli berkata, kesalahan itu telah direkodkan dan jika mencapai amaran ketiga, beliau akan mengambil tindakan, sama ada ahli Parlimen kerajaan ataupun pembangkang.

#DewanRakyat #SinarHarian

Share This Video


Download

  
Report form