Mengubah perspektif Pekerja Migran Indonesia (PMI) untuk memberi pendidikan kepada anak-anak mereka merupakan cabaran utama para guru Pusat Pembelajaran Komuniti (CLC) di Sarawak.
Sanggup menggalas tugas jauh dari tanahair, apa yang diharapkan agar anak-anak PMI ini mempunyai pendidikan sekali gus dapat mengubah nasib keluarga.
Demikian antara peranan dan tanggungjawab guru CLC Lawang Sawit Retus Rantau Sibu ketika ditemui AWANI Borneo.