Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengambil alih syarikat Boustead Holdings Berhad (BHB) dengan pegangan saham berjumlah kira-kira 97.63 peratus. jumlah pegangan saham itu membenarkan BHB dinyahsenaraikan dan menggunakan peruntukan pengambilan wajib bagi baki saham, lantas menjadikannya anak syarikat milik penuh LTAT.