Pensyarah Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan, Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai berkata Ringgit Malaysia mencatatkan aliran keluar bernilai RM80 billion daripada kiriman wang pekerja asing ke negara asal dan RM65 bilion daripada aktiviti import makanan. Jelasnya, ini menyebabkan permintaan kepada mata wang tempatan rendah dan menyukarkan pemulihan nilainya.